Tahukah anda, enjin carian Google boleh digunakan sebagai kalkulator? Selalunya kita menggunakan Google sebagai alat carian sahaja tapi tidak ramai yang tahu Google boleh digunakan sebagai kalkulator.
Katakan saya nak selesaikan soalan di bawah:
56 + 875 * 90 / 34 - 10 = ?
Saya cuma taip nombor-nombor di atas kat enjin carian Google seperti berikut;
Selepas tu, tekan 'Enter' ataupun klik 'Google Search' dan saya akan mendapat keputusan berikut;
Katakan anda nak tahu, 1 batu (miles) bersamaan dengan berapa lbs (pounds)? Saya cuma taip di Google seperti di bawah;
Lepas tekan 'Enter', keputusan berikut akan keluar;
Anda bukan saja boleh guna Google untuk mengira, malah untuk menukarkan unit metrik kepada unit metrik yang lain. Contohnya;
kilogram (kg) <--> gram (g)
batu (miles) <--> kilometre (km)
kilogram (kg) <--> pounds (lbs)
gram (g) <--> miligram (mg)
litre (l) <--> mililitre (ml)
dan bermacam-macam lagi...
Saya hanya pernah mencuba setakat di atas. No more than that. Kenapa anda tidak mencubanya sendiri?
Good luck~!
P.S - Selamat Tahun Baru dan semoga Tahun 2009 akan lebih banyak pengetahuan yang akan anda pelajari~
Memaparkan catatan dengan label mengira berat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mengira berat. Papar semua catatan
Rabu, 31 Disember 2008
Langgan:
Catatan (Atom)