Rabu, 31 Disember 2008

Guna Google Sebagai Kalkulator

Tahukah anda, enjin carian Google boleh digunakan sebagai kalkulator? Selalunya kita menggunakan Google sebagai alat carian sahaja tapi tidak ramai yang tahu Google boleh digunakan sebagai kalkulator.

Katakan saya nak selesaikan soalan di bawah:

56 + 875 * 90 / 34 - 10 = ?

Saya cuma taip nombor-nombor di atas kat enjin carian Google seperti berikut;


Selepas tu, tekan 'Enter' ataupun klik 'Google Search' dan saya akan mendapat keputusan berikut;


Katakan anda nak tahu, 1 batu (miles) bersamaan dengan berapa lbs (pounds)? Saya cuma taip di Google seperti di bawah;


Lepas tekan 'Enter', keputusan berikut akan keluar;


Anda bukan saja boleh guna Google untuk mengira, malah untuk menukarkan unit metrik kepada unit metrik yang lain. Contohnya;

kilogram (kg) <--> gram (g)
batu (miles) <--> kilometre (km)
kilogram (kg) <--> pounds (lbs)
gram (g) <--> miligram (mg)
litre (l) <--> mililitre (ml)
dan bermacam-macam lagi...

Saya hanya pernah mencuba setakat di atas. No more than that. Kenapa anda tidak mencubanya sendiri?

Good luck~!


P.S - Selamat Tahun Baru dan semoga Tahun 2009 akan lebih banyak pengetahuan yang akan anda pelajari~

Isnin, 29 Disember 2008

Tips Nak Download Movie Berkualiti Melalui Torrent

Bayangkan setelah anda berjam-jam men'download' movie daripada torrent (atau mungkin berhari-hari), tapi akhirnya kualiti movie tu tak bagus, gambar tak clear, audio tak jelas, pendek kata, "sia-sia je buang masa download". So kali ni saya nak bagi sikit tips bagi yang tak tau, (kepada yang dah tau tu, rajin-rajin le kongsi yer).

Setiap kali anda membuat carian sesuatu movie di torrent, pasti banyak senarai movie yang sama kat torrent tu. So macamana nak pilih? Kalau movie tu tengah hot, pastinya anda pilih yang paling atas sekali, sebab ramai yang download. Tapi kalau movie tu dah sejuk, macamana nak pilih?

Caranya ialah dengan memilih torrent yang ada nama 'axxo' kat hujung link torrent tu (lihat bawah)
(Klik imej untuk besarkan)

Ini kerana 'axxo' ialah antara individu yang provide the best quality movie tak kira dvdrip, atau cam version. Selain 'axxo', 'kingben' juga adalah satu alternatif yang baik. Lebih kurang sama hebat dengan axxo, tapi axxo lebih dikenali ramai.

Tapi kalau anda dari Malaysia, Brunei dan Singapura, cubalah dahulu cari movie kegemaran anda kat laman web Syok.org. Keahlian percuma, download percuma. Kalau donate, keahlian akan dinaik taraf menjadi 'donator'. Kelebihan menjadi donator ialah boleh muat turun sesetengah file, movie, software yang 'free member' tak boleh download.

Setakat ni, saya berpuas hati dengan muat turun daripada laman Syok.org terutamanya movie. Movie yang dorang upload kat sana memang gerenti kualiti dia 'baik punya'. So, anda tak payah nak ragu-ragu tentang kualiti movie. Malah satu lagi yang best tentang Syok.org ni ialah hampir semua movie dalam format .rmvb (anda perlu realplayer untuk memainkan format jenis ini). So, apa maksudnya? Saiz movie lebih kecil, download lebih pantas dan anda dapat menikmati movie anda dengan segera. Jadi apa tunggu lagi, lawatilah laman web Syok.org.

So, memang tak sia-sia saya jadi donator kat sana dan jika berterusan macam ni, saya pasti akan donate lagi di masa yang akan datang. Rasanya, tu je buat kali ni. Jumpa di next tip yang akan datang. Have a nice day!

P.S - Episod terkini Smallville, Heroes, CSI, Knight Rider 2008 dan macam-macam lagi ada kat Syok.org.

P.S.S - Pesan saya: Jangan download movie xxx kat torrent, dah ler...

Theme Nokia N70 yang Paling Best!

Kali ni saya nak share dengan anda 'theme' handphone nokia N70. Theme ni tak sama dengan theme N70 yang banyak terdapat di internet. Sedih saya katakan, rata - rata semuanya langsung tiada kualiti. Theme yang saya maksudkan ialah theme daripada MrManson. Lihat saja preview theme rekaan beliau di bawah ni. (Ketiga - tiga theme di bawah adalah antara top 3 list kegemaran saya) Hebat bukan?


Theme Windows Vista. Nampak macam real. (Klik imej untuk lebih jelas)


Seterusnya, theme Acid Green.


Dan yang paling best sekali, theme iPhone! Bagi yang nak install theme iPhone, font juga turut disertakan.

Rasa tak sabar nak install kat nokia N70 anda? Terus pergi ke http://mrmanson.netsons.org untuk download theme secara percuma. Until next time. Enjoy your new theme from MrManson~!

P.S - Anda boleh download percuma tapi kalau nak donate kat MrManson pun boleh :)

P.S.S - MrManson hanya buat theme untuk N70 sahaja sebab handphone dia pun N70.