Jumaat, 2 Januari 2009

Cara Tune Antena Astro Anda

Bila hujan turun, (atau tanda hujan nak turun), pasti ada signal 'Service currently not available'. Anda pasti berkata, "sebelum ni tak pernah pulak jadi macam ni". Haa, kali ni saya nak share bagaimana nak tune antena Astro anda supaya waktu hujan lebat pun, rancangan TV dan kualiti gambar anda langsung tak terjejas.

Selalunya, kalau nak tune antena, sorang kena duduk depan TV dan sorang lagi kat atas bumbung. Tapi bila guna cara saya ni, sorang je kena buat semua kerja. Caranya;

1. Ambil remote Astro, tekan butang 'Menu', lepas tu tekan 'Satellite Signal'. Kalau signal ok, sepatutnya warna dia hijau dan ada bunyi 'tutttttt' yang kuat. Kalau signal tak ok, warna dia kuning atau merah (merah menandakan signal paling teruk).

2. Lepas tu, tak kira apa pun signal yang anda dapat, set kan volume suara TV anda ke tahap yang tinggi. Tujuannya supaya anda dapat mendengar bunyi 'tutttt' tersebut dari atas bumbung. So, kalau telinga sensitif tak perlulah kuat sangat kot. Tapi kalau yang tak berapa sensintif tu, bagilah full blast volume tu.

3. Kenapa perlu dengar bunyi 'tuuutttt'? Bunyi tu menunjukkan signal clear. So, tak perlulah suruh orang kat bawah bagi signal ok ke tak melalui henpon. Lagi teruk kalau orang tu perlu teriak 'OK!!!!!' atau 'TAK OK!!!!!'.

4. Lepas tu naiklah ke bumbung. Pertama sekali, lihat arah piring Astro yang ada di rumah jiran anda. Cuba tiru arah tersebut. Kalau masih tak dapat signal lagi takpe. Yang penting rupa dan arah piring Astro anda, sama dengan mereka.

5. Piring Astro ni boleh diadjust menghadap atas dan bawah, kiri dan kanan. Longgarkan bolt pengetat dan cuba gerakkan ke kiri dan kanan sehingga bunyi 'tuuutttt' kedengaran. Jika masih tak ada bunyi, cuba gerakkan piring tersebut ke atas dan ke bawah sedikit (gerakkan sedikit demi sedikit, bukan terus menghadap langit atau ke bawah).

6. Jika anda langsung tak dapat, ulangi proses meniru posisi arah antena Astro jiran anda dan buat semula langkah 5. Jika anda dengar bunyi 'tuuttt' yang konsisten, maksudnya, 'line clear'.


Saya hampir membazirkan RM50 untuk mengupah pekerja Astro untuk tune semula antena saya. Oleh itu, dengan berbekalkan spanar (boleh laras), saya menaikkan diri saya ke bumbung dan buat langkah-langkah di atas. Akhirnya saya berjaya. Setakat ni, angin dan hujan paling kuat pun tak dapat mengganggu siaran Astro di rumah saya.

Kepada anda yang ingin mencuba, selamat berjaya!~


P.S - Lupakan mesej di atas kalau; anda ada kawan yang kerja tuning Astro ATAUPUN anda sendiri pekerja Astro yang memang kerjanya buat tuning.:)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan