Khamis, 1 Januari 2009

Belajar Menaip Sepantas Kilat!

Ya, belajar menaip sepantas kilat. Sebelum tu, saya bagitau dulu kelebihan menaip dengan pantas. So, kalau berminat nak belajar percuma, boleh baca lebih lanjut.

Apa Manfaat Menaip Pantas?

1. Boleh berfikir dan menaip pada masa yang sama.
2. Boleh menaip walaupun sedang bercerita dengan rakan sebelah atau menonton TV.
3. Menaip dengan 95% tumpuan mata anda di skrin (bukan membuang masa melihat tangan anda menaip di keybord)
4. Boleh tolong kawan anda menaip tugasan (yang dia tulis guna tangan) dalam masa yang singkat.
5. dan macam-macam lagi kelebihan

Apa Manfaat Menaip Pantas pada Saya?

Saya menaip tidaklah laju sangat; hanya mencapai kepantasan purata kebanyakan orang sahaja. Tidaklah sepantas kilat ataupun mencapai kepantasan 'Superman'. Tapi sekurang-kurangnya;

- Semua jari saya berfungsi sewaktu 'menyerang' papan keybord.
- Saya boleh menaip lebih pantas daripada saya menulis.
- Menaip tugasan yang perlu 20-30 muka surat dengan pantas.

Di bawah ialah 3 percubaan saya melalui typing test di http://www.calculatorcat.com/typing_test/ sebelum menulis blog ini;


Percubaan pertama


Percubaan kedua


Percubaan ketiga

Bagi yang masih baru, mungkin menganggap gambar di atas saya 'edit', tapi bagi yang intermediate ataupun advance, kepantasan di atas adalah biasa saja. Ada banyak lagi laman web di mana anda boleh test kepantasan menaip anda secara percuma. Cuba taip, 'free online typing test' atau yang seumpama dengannya.

Kenapa Saya Memilih Menaip Pantas?

Pada mulanya, saya hanya minat nak main game saja. Nama game tu, Typer Shark. Game tu seronok, ikan jerung datang nak serang kita, so, untuk hapuskan mereka, kita kena taip ayat atau abjad yang terdapat pada badan jerung tu. Cabaran game tu, semakin lama, ayat pada badan jerung semakin panjang, dan jerung juga semakin banyak! Di bawah ialah screen shot game tersebut.


Jerung tu nak serang penyelam yang pakai baju kuning tu.


So, kalau kita type ayat kat badan jerung tu, dorang akan kena kejutan elektrik!


Kalau anda tak boleh menang game ni sampai habis, maksudnya kepantasan anda masih belum memuaskan. So, kena belajar lagi guna game tu jugak, tapi pergi bahagian 'lesson'. Buat dari lesson 1 sampai habis. Tapi tak semestinya habis lesson baru boleh main game. Kalau dah terlalu boring buat lesson, boleh juga main game tu untuk test power la katakan.

Ok la, saya tak nak banyak cakap lagi. Saya beri anda 2 pilihan, nak belajar menaip online atau offline (boleh cuba dua-dua untuk test power);

1. Kalau nak belajar menaip online, boleh pergi www.learn2type.com

2. Kalau nak belajar guna game Typer Shark, boleh download percuma di sini (keygen disertakan sekali) Download Typer Shark - Jangan risau, game ni saya dah download dan install dari link yang sama. Lepas scan guna AVG Free, no virus detected. Tapi untuk keselamatan, scan dulu sebelum extract game tu ok.

Good luck and until next time~=)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan