Ahad, 1 Februari 2009

Berniaga Makanan & Minuman Untuk Bukan Islam

Apabila saya mula berjinak - jinak untuk memulakan bisnes gerai makanan dan minuman, saya baru perasan satu perkara. Saya ingat, semua gerai yang ada adalah sama saja. Maksud saya, di dalam sesuatu kelompok gerai tu, saya ingat ada pelbagai bangsa dan agama. Rupanya, di satu kawasan gerai tu semua cina, takde satu pun gerai orang melayu. Kalau di kawasan tu semua orang melayu, takde satu pun gerai orang cina.

So, kesimpulannya macam ni. Orang melayu atau beragama Islam boleh menjual makanan dan minuman. Orang bukan Islam hanya boleh menjual makanan yang mentah atau belum diproses contohnya seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Orang yang berbangsa cina boleh menjual makanan dan minuman seperti orang melayu tapi hanya boleh tertumpu di kawasan yang rata-rata penduduknya bukan beragama Islam.

Tujuan saya ialah untuk memberikan gambaran jelas kepada anda (terutama yang beragama bukan Islam) bagaimana sistem gerai ni berfungsi. Jika anda telah membaca buku Jutawan Senyap, anda pasti tahu bahawa pendapatan bersih peniaga gerai makanan dan minuman boleh mencapai RM200 hingga RM400 dalam sehari.

Malangnya jika anda bukan beragama Islam, anda bukannya tidak boleh berkecimpung dalam perniagaan makanan dan minuman. Cuma pasaran anda hanya terhad kepada mereka yang bukan beragama Islam sahaja. Jumlahnya sangat kecil dan pendapatan mungkin tidak boleh mencapai RM100 sehari.

Apakah cara untuk mengatasi masalah ini? Mudah saja. Ada beberapa cara bagaimana seorang bukan Islam boleh sukses dalam perniagaan makanan dan minuman.

Kes 1

Katakan anda bukan beragama Islam dan mempunyai resepi masakan istimewa yang anda rasa boleh jual. Mohon lesen gerai untuk menjual makanan. Upah pekerja beragama Islam yang boleh memasak atau sekurang-kurangnya ada asas memasak. Mohon lesen gerai untuk pekerja tersebut. Kalau boleh biarlah orang tersebut ada ciri-ciri yang boleh dipercayai (orang Islam yang tulin sepatutnya boleh dipercayai).

Sediakan rempah ratus halal anda sendiri. Anda hanya bekalkan barang dapur dan bahan mentah seperti sayur, ayam atau daging lembu yang telah dipotong mengikut citarasa anda. Apa yang pekerja anda perlu buat hanyalah mencampurkan rempah ratus anda dengan bahan mentah yang disediakan dan masak campuran tersebut.

Lepas masak, masakan tersebut akan dijual di gerai anda tapi anda biarkan pekerja anda yang menjual makanan tersebut. Apa yang anda perlu buat ialah pungut hasil dan beri upah yang bersesuaian dengan pekerja anda.

Kes 2

Katakan anda ingin menjual air soya, cari seorang melayu yang pandai memproses soya. Sekali lagi, cari individu yang boleh anda percaya. Berikan beliau mesin soya dan semua alatan yang mungkin diperlukan dalam penghasilan soya. Berikan jadual bila dan bagaimana sepatutnya proses soya dan penjualan soya dilakukan. Seperti biasa, apa yang anda perlu buat ialah pungut hasilnya.

Ada banyak lagi cara yang boleh saya ketengahkan, di atas cuma dua contoh yang boleh anda gunakan. Ingat, jika anda melakukan perkara di atas, penting bagi anda membuat perkara di bawah ini untuk memastikan anda sukses:

1. Buat buku kira-kira. Rekodkan berapa kos anda beli bahan mentah, hasil jualan, kos gas, petrol, gaji pekerja dan sebagainya jika ada. Ingat, misi anda ialah untuk dapat untung bukan balik pokok ataupun paling teruk; kerugian.

2. Pastikan pekerja anda tidak terlalu ‘demand’. Jika pekerja anda terlalu demand anda mungkin mengalami masalah membayar terlalu mahal kepada pekerja anda. Jika boleh cuba tetapkan gaji yang akan diberikan sehari. Janjikan komisyen jika jualan melebihi target yang ditentukan. Contohnya, katakan anda tetapkan upah RM20 sehari dan target jualan ialah RM200 sehari. Jika jualan anda melebihi RM200 sehari, katakan RM300, anda boleh berikan intensif RM0.10 bagi setiap RM1 keuntungan. So, RM100 x RM0.1 = RM10.

3. Pastikan pekerja anda BOLEH DIPERCAYAI. Ini adalah salah satu faktor penting untuk anda berjaya. Zaman sekarang susah nak percaya orang, apa saja boleh jadi. So, pastikan anda memilih dengan bijak dan tepat.

4. Memantau bisnes anda. Restoran yang sukses ialah apabila tuan punya restoran itu sendiri berada di sana 24 jam. Tapi dalam kes seperti di atas, anda juga boleh sukses, cuma pastikan anda pantau gerai anda dari semasa ke semasa (kalau boleh secara mengejut) untuk memastikan pekerja anda mematuhi etika kerja yang anda telah tetapkan. Lihat adakah cara layanannya disenangi pelanggan, disiplin kerja dan sebagainya. Ingat, ini adalah penting!

Jika anda amalkan tips di atas, bukan setakat mudah – mudahan, sukses itu PASTI menjadi milik anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan